KRU Records
KRU Records

KRU Records

KRU Records merupakan sebuah syarikat rakaman Malaysia yang ditubuhkan pada Jun 1996 oleh penyanyi, pencipta lagu dan penerbit - Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim yang dikenali sebagai KRU.Dengan pengkhususan dalam genre muzik Pop, Tarian, R&B dan Hip hop KRU Records merupakan salah satu label bebas yang berpengaruh dan berjaya di Malaysia, Singapura dan Brunei sehingga kini. Artis pertama yang bernaung di bawah KRU Records merupakan kumpulan pop lima anggota wanita yang dikenali sebagai kumpulan Elite. Artis lain yang turut bernaung di bawah label KRU Records adalah kumpulan Indigo, X Factor, Juliana Banos, Dr Kronik, Pretty Ugly, Ezlynn, Phyne Ballerz, Trez, Anita Sarawak, Rabbani, Adam, Dafi, The Lima, Mendua, Pianka and Flava. Pada tahun 2008, kesemua entiti perniagaan yang dimiliki oleh KRU disatukan di bawah satu syarikat yang dikenali sebagai KRU Studios.